pagi pagi, alarm berdansa mengejutkan seisi bilik. minggu lepas, cukup seminggu aku bangun seawal jam enam pagi bersiap untuk ke sekolah. memang diluar kebiasaan. hari hari biasa, tatkala matahari memancar diufuk timur barulah mata ni mahu celik. kelam kabut mandi, solat subuh yang pastinya lewat. selesai semuanya, lif purba blok 4 jadi tempat menunggu. dari blok asrama berlari lari anak ke bilik kuliah. kebiasaanya kalau lewat begini, maka akan adalah org atasan mundar mandir di hujung tangga atas sana.
muka serius, buku salah laku ditangan sambil bercekak pinggang
"dah pukul berapa ni?....kad matrik mana bang?..."
kalu bernasib baik, maka lepas lah.kalo tidak 'pakej lewat' jadi habuan. nama dicatit, pot pet pot pet pun dapat.memang lengkap! seminggu bangkit jam enam pagi terasa seperti culture shock.mana tidaknya. jam 7 sudah bertolak ke sekolah. gara gara SBE (school based experience) hidup jadi tak keruan. tiba di sekolah, ikut cekgu cekgu disana ke dataran perhimpunan. selesai disana, berjalan mcm itik pulang petang ke bilik guru menunggu tugasan hari itu.sehari, 2 period aku kena relief. dapat kelas depan ok lah.dapat kelas hujung, bernyawa pun x lepas. si abang dan akak kerani tu pulak tak habis habis cari kami nak suh relief kelas.
still, sbe ada kebaikkanya. no worries! aku bnyak belajar. kalo tidak belajar nak handle budak budak nakal, aku belajar macm mana nak lari dari kerani.haha. lagi satu, minah indon kat kantin tu agak lawa jugak. bila aku ada kat kantin jer, mesti dia tanya
'ya cekgu, nak apa ya cekgu?'
sambil tngan ligat membalik daging burger di atas kuali panas, dia sempat tersenyum.haha.tapi aku x kisah sangat kat dia. yang aku kisah, aku nak makan.perut berdecit bila sampai kantin. kat kantin ni jugaklah bnyak event yg berlaku.selain dari menjadi tempat melepak menunggu waktu pulang, kat kantin jugaklah ragam ragam manusia dirakamkan. oh yer.lupa nak bagitau.sekolah aku, smk desa perdana merupakan sebuah sekolah yang ada tiga aliran. aliran perdan untuk budak budak normal, dan aliran masalah pembelajara serta aliran masalah pendengaran. aku paling suka aliran maslah pembelajaran sebab mereka semua budak budak special yang baik(^^!)
oh! aku masih ada seminggu SBE untuk dihabiskan...(~~!)
No comments:
Post a Comment