In Life : Everyone Is A Traveller

In Life : Everyone Is A Traveller

u.m.b.u.k. k.e.l.a.p.a.~.

petang petang selepas azan asar, aku diajak ke rumah pak cik hamzah; kaum kerabat belah abah merangkap abang abahku. motifnya cuma satu, melawat sambil menolong menyiapkan persiapaan perkahwinan sepupu yang akan berlangsung esok. aku bukan lah jenis yang kecoh pasal perkahwinan ni, cumanya event perkahwinan agak jarang berlaku dalam kaum kerabat. kenapa? sebab rata rata sepupu adalah baya aku, malah lebih ramai yang muda . tapi yang belia masih tetap ada, cuma mungkin jodoh mereka belum sampai. semoga cepat sampai.

sampai di rumah pak cik hamzah, tempat pertama aku tuju, bangsal memasak. terdapat tiga manusia di situ. satu nya aku kenal, adik  perempuan si pengantin lelaki yang sedang asyik meluarkan isi buah kelapa dari tempurungnya. yang selebihnya dua tidak pernah aku lihat.kesiankan mereka, aku menawarkan pertolongan. perkerjaan yang aku dapat? membelah buah kelapa. kelapa pertama aku belah, pecah dengan sempurna. parang yang aku hentak pada tempurung kelapa memecah tempurung kepada 2 bahagian yang sama rata. agak bangga kerana berjaya pada percubaan pertama. sama dengan percubaan kedua dan seterusnya. masuk percubaan ke tujuh, aku gagal.celaka. parang yang aku hentak tak berhasil memecahkan tempurung kelapa. shial.hati berbisik kecil.ada  batu apa dalam buah kelapa ni? hentak depan, hentak belakang, kanan kiri tepi...dan akhirnya aku berjaya.walaupun kelapa tersebut sudah pun retak kepada beberapa bahagian.

dalam membelah buah kelapa, ada bnyak yang aku terjumpa 'umbuk kelapa'(seperti kudup reflesia yang belum kembang; bewarna putih susu yang terdapat di dasar dalam buah kelapa). bagi budak budak baya aku yang tinggal kat kampung masa kecik kecik dulu mesti kenal umbuk kelapa ni. bagi yang duduk kat bandar mungkinlah tak kenal. dan aku rasa, even budak budak yang tinggal kat kampung sekarang ni pun tak kenal dengan umbuk kelapa. rata rata suri rumah ke pasar untuk mendapatkan santan kelapa. malah lebih efisyien, gunakan instant coconut milk dalam paket.x lagi perlu bersusah payah memerah santan guna tangan.makan umbuk kelapa buat aku teringat zaman kecik kecik. masa kecik kecik dulu, aku lah orang yang paling bersemangat bila mama suruh pegi ke rumah mak cik jah untuk mesin isi kelapa bagi dapatkan santan. sambil mendengar colotehan makcik jah, aq jeling buah kelapa di tangan nya. mak cik jah yang ceria tu memang best.mulut bergerak tangan pun bergerak. dan aku paling gembira bila dia hadiahkan umbuk kelapa dari buah yang dibelahnya.


lagi, buah umbuk buah kelapa buat aku teringat zaman dulu dulu.zaman arwah nenek masih ada melayani kerenah anak kecil yang x pernah mengenal erti bosan. tiap musim ramadan tiba, arwah akan sibuk dengan kuih kuih. setiap pagi, buah kelapa dipecahkan untuk mendapatkan santan. dan aku lah orang yang paling setia menunggu setiap kali buah kelapa dipecahkan. bagai satu kepuasan jika penungguan aku dihadiahkan dengan umbuk kelapa. aku tak kisah jika dihadiahkan dengan umbuk kelapa sekecil guli sekalipun. malah, umbuk kelapa yang paling kecil adalah paling sedap. sekarang, arwah pun dah tak ada. dan tak ada lagi buah kelapa yang aku tunggu untuk umbuknya.namun, setiap kali aku merasa umbuk kelapa, aku akan tetap ingat perasaan itu. perasaan kanak kanak yang terindah!

No comments:

england.one album, a million memories